Monday, December 24, 2007

Teknik Cornflower Dengan Kombinasi Stoch Dan Macd



Saya ingin berkongsi teknik trading forex ini dengan anda. Teknik trading ini saya temui di salah satu web yang saya dah tak ingat namanya tetapi teknik ini sangat berguna untuk dicuba dan amat mudah untuk dipraktikkan selain mendapat pips yang banyak. Anda hanya perlu ikut arahan seperti yang diberi dan selepas itu anda boleh praktikkan di demo akaun anda terlebih dahulu. Saya pasti anda akan mendapat trade yang menguntungkan kelak. Selamat mencuba!



Chart Setting
1.) EMA 8
2.) EMA 12
3.) EMA 24
4.) EMA 72
5.) MACD (12,26,9)
6.) Stochastic (14,3,3)

1.) Kaedah teknik ini ada 2 iaitu:-

a.) Kaedah 1

Masuk entry apabila candlestick kena pada EMA24 atau EMA72 sahaja pada TF H1. Selalunya apabila candlestick muncul pada line EMA24 atau EMA72 anda perlu berikan sedikit masa tambahan price pada EMA24 atau EMA72 iaitu anda tambahkan 20 - 50 pip dari price pada line EMA24 atau EMA72.

Katakan candlestick kena pada price 220.00 pada line EMA24 atau EMA72 maka anda tambah lagi 20 - 50 pip dan ini bermakna pair GBP/JPY dianggarkan boleh naik sehingga price 220.20 - 220.50 kemudian baru entry. Anda juga boleh tunggu untuk entry sehingga candlestick kedua muncul apabila candlestick pertama telah kena pada line EMA24 atau EMA72. Trading Point dalam range 20 - 100 pips manakala set-up Stop Loss adalah dalam lingkungan 20 - 50 pips.

b.) Kaedah 2

Masuk entry pada Time Frame kecil spt M5 atau M1 dengan merujuk kepada STOCH dan MACD. Anda tunggu sehingga STOCH mencecah line 100 atau 0 sahaja. Jangan sesekali buka entry apabila STOCH tak cukup syarat. Anda confirm dengan MACD sebelum entry.

Selalunya apabila STOCH mencecah line 100 atau 0 maka MACD pada time frame M1 atau M5 akan pergi maximum. Trading Point untuk kaedah ini hanya dlm range 10 - 50 pip sahaja bergantung pada jenis pair yang anda trade. Pair yg terbaik dengan menggunakan kaedah ini adalah seperti GBP/JPY dan GBP/USD kerana pair begini mempunyai high volatility.

Jangan sesekali masuk entry apabila MACD mencecah line 0 atau mendatar kerana ketika keadaan ini boleh berlaku breakout atau swing di luar jangkaan. Stop Loss bagi kaedah ini adalah antara 10 - 20 pips dari entry price.

2.) Rujukan Time Frame pada H1 dan H4

3.) TP bagi setiap pair adalah berlainan spt berikut:-
a.) GJ - TP range 20 - 50 pips
b.) GU - TP range 20 - 30 pips
c.) EU - TP range 5 - 20 pips
d.) EJ - TP range 10 - 30 pips

4.) SL setiap pair juga berlainan spt berikut:-
a.) GJ - SL range 20 - 30 pips
b.) GU - TP range 20 - 30 pips
c.) EU - TP range 10 - 20 pips
d.) EJ - TP range 10 - 20 pips

1.Setakat ini teknik ini boleh digunakan ketika big news. Akan tetapi anda dinasihatkan meletakkan stop loss pada profit taking sekiranya anda telah entry post sebelum news keluar dan berada dlm keadaan profitable trade. Sekiranya anda belum entry post adalah disarankan masuk setelah news selesai. Andaikata anda entry sebelum news dan berlaku sedikit kerugian maka anda dinasihatkan set Stop Loss juga pada tahap dimana price yang sanggup anda rugi.

2. Apabila line EMA8/12/24 berada di atas line EMA72/100 adakah keadaan ini sesuai untuk mengambil posisi long/buy? (price gagal melepasi EMA72/100 dan bounced up mengikut dominant trend)

Jika berlaku senario seperti ini, anda perlu pastikan candlestick terakhir naik sekurang-kurangnya jauh dari line EMA8. Selalunya Candlestick terakhir ini akan melakukan penurunan sehingga 50 - 100 pips. Sekiranya STOCH bersilang pada level 100 dan MACD bersilang di atas paras level 0 maka adalah selamat utk buka SELL atau SHORT.

Dalam keadaan ini sekiranya MACD kuat dalam proses menaik maka market trend akan cuba berhenti pada EMA72 dan EMA100 dan pada bila-bila masa PULL BACK akan memainkan peranan pada ketika ini. Market trend akan diteruskan sehinggalah MACD selesai bersilang di level yang lebih besar.

3.Apabila line EMA8/12/24 di bawah EMA72/100 adakah keadaan ini sesuai untuk mengambil posisi short/sell ? (price gagal melepasi EMA72/100 dan bounced down mengikut dominant trend)

Pada ketika ini, anda kena pastikan candlestick terakhir mestilah turun sekurangnya jauh dari line EMA8. Selalunya candlestick terakhir ini akan melakukan penurunan sehingga 50 - 100 pips. Sekiranya STOCH bersilang pada level 0 dan MACD bersilang di bawah paras level 0 maka adalah selamat utk buka BUY atau LONG.

Dalam keadaan ini sekiranya MACD kuat dlm proses penurunan maka market trend akan cuba berhenti pada EMA72 dan EMA100 dan kemudian akan berlaku PULL BACK akan memainkan peranan pada ketika ini. Trend akan diteruskan sehinggalah MACD selesai bersilang di level yang lebih besar.